Monday, 30 January 2012

buat renungan

Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah:
Apabila kamu berasa letih kamu berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. kadang-kadang ALLAH patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita…DIA patahkan hati kita untuk membuat hati kita semangat…DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat…DIA memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri…DIA menghantar penyakit supaya kita boleh berlajar menghargai segala nikmat yang diberi olehNYA…hayatilah pemberian dari ALLAH SWT. 

2:15 PM 5/24 Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih

No comments:

Post a Comment